Tentera Korea Utara dikejarkan ke hospital di Suwon, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, sebaik di diselamatkan. - Foto EPA/AFP
Tentera Korea Utara dikejarkan ke hospital di Suwon, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, sebaik di diselamatkan. - Foto EPA/AFP
Agensi

SEORANG tentera Korea Utara yang cedera parah ditembak rakan sepasukan ketika dia melarikan diri ke Korea Selatan, kini stabil selepas pembedahan walaupun masih perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Askar itu terkena enam tembakan malam tadi, termasuk di perut dan abdomen. Sekumpulan doktor Korea Selatan melakukan pembedahan bagi menyelamatkannya hari ini.

Reuters melaporkan, askar itu memecut kenderaan pacuan empat roda memasuki ‘perkampungan aman’ atau kawasan berkecuali yang dikawal ketat kedua-dua negara.

Bagaimanpaun, satu roda kenderaan itu rosak menyebabkan dia berjalan kaki ke Koera Selatan. Empat tentera Korea Utara melepaskan kira-kira 40 tembakan ke arahnya.

Askar itu kemudian berlindung di sebalik bangunan di kawsasan Zon Bebas Senjata berkenaan sebelum diselamatkan askar Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang merangkak ke arahnya sebelum menariknya dari situ.

Askar Koera Utara itu tidak membawa senjata namun berpakaian seragam menunjukkan dia berpangkat rendah dalam tentera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 9:20 PM