BAS sekolah digunakan untuk memindahkan pelajar ke lokasi selamat. FOTO AFP
BAS sekolah digunakan untuk memindahkan pelajar ke lokasi selamat. FOTO AFP
AFP

Houston: Sekurang-kurangnya dua individu cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Arlington, Texas, kata Datuk Bandar Dallas pada Rabu.

Polis Arlington berkata, pihaknya sudah bergegas ke lokasi kejadian di Timberview High School namun belum dapat memberikan sebarang maklumat lanjut.

"Kami kini berada di lokasi kejadian di Timberview High School," kata polis menerusi Twitter.

Datuk Bandar Jim Ross memaklumkan kepada media tempatan bahawa dua orang cedera dan polis kini sedang giat mengesan suspek.

Sekolah berkenaan kini diarahkan tutup dan polis Arlington berkata pihaknya sudah menyediakan lokasi selamat bagi ibu bapa bertemu anak masing-masing.

Menerusi siaran langsung stesen televisyen, kawasan sekolah dipenuhi polis bersenjata selain trak bomba.

Difahamkan, sekolah berkenaan mempunyai 1,900 pelajar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Oktober 2021 @ 9:29 AM