BANGKAI kucing bergelimpangan selepas dicampak. FOTO The Sun
BANGKAI kucing bergelimpangan selepas dicampak. FOTO The Sun
Agensi

BEIJING: Gara-gara panik, beberapa pemilik haiwan di negara ini mencampakkan kucing dan anjing peliharaan mereka hingga mati kerana mempercayainya sebagai pembawa wabak koronavirus baharu.

Nasib haiwan malang itu mendapat perhatian ramai selepas tersebarnya gambar bangkai bergelimpangan di laman sosial.

The Sun memetik laporan media tempatan melaporkan, lima kucing menjadi mangsa di Shanghai manakala seekor anjing ditemui mati selepas dicampak dari sebuah flat di bandar Tianjing terletak di wilayah Hebei.

Haiwan itu dipercayai dicampak dari tingkat atas bangunan jam 4 pagi.

Kejadian itu disedari penduduk setempat yang terdengar bunyi seperti letupan tayar sebelum menemui bangkai haiwan berkenaan dengan kesan darah di sekelilingnya.

Insiden yang berlaku turut mendapat perhatian pakar perubatan, Dr Li Lanjuan.

“Haiwan peliharaan itu sepatutnya dikuarantin sekiranya didapati berhubung dengan pesakit,” katanya.

Difahamkan, tindakan itu berpunca daripada penyebaran maklumat palsu oleh Zhibo China di platform Weibo.

Bagaimanapun, China Global Television menghentikan dakwaan itu dengan memuat naik kenyataan rasmi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 7:50 AM