PEMILIK kedai mengalihkan sangkar haiwan ke luar kedai. FOTO AFP
PEMILIK kedai mengalihkan sangkar haiwan ke luar kedai. FOTO AFP
AFP

Karachi: Beratus-ratus kucing, anjing dan arnab ditemui mati di sebuah pasar haiwan peliharaan selepas dipaksa menghentikan operasi sebaik perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh Pakistan.

Haiwan yang masih hidup di Pasar Empress Karachi diselamatkan selepas aktivis pencinta haiwan merayu kepada pihak berkuasa untuk menyelamatkan mereka.

Dua minggu penutupan pasar itu, Ayesha Chundrigar dapat mendengar teriakan haiwan dari luar kedai dianggarkan lebih 1,000 ekor.

“Ketika kami masuk, kira-kira 70 peratus sudah mati manakala banyak bangkai haiwan ditemui atas tanah,” kata Chundrigar kepada AFP.

Menurutnya, haiwan berkenaan kelaparan dan terkunci dalam sangkar tanpa cahaya atau pengudaraan manakala haiwan yang masih hidup berkeliaran di sebalik bangkai yang lain.

Ketika pandemik virus merebak, bandar utama di Pakistan dikenakan perintah berkurung memaksa banyak kedai ditutup.

Hanya gerai menjual barangan keperluan seperti makanan dan ubatan yang dibenarkan untuk terus beroperasi.

Ia menyebabkan pemilik kedai haiwan tidak dapat meneruskan perniagaan atau memberi makan kepada haiwan mereka.

Selepas melakukan misi menyelamat, Chundrigar kini meyakinkan pihak berkuasa Karachi untuk membenarkan pemilik kedai haiwan peliharaan beroperasi supaya pasukannya dapat akses harian ke haiwan itu.

Di bandar timur Lahore, nasib sama menemui haiwan yang bergelimpangan 20 bangkai anjing dalam pembetung berhampiran Tollinton Market, sebuah pusat untuk perniagaan haiwan yang ditutup.

Kiran Maheen menyelamatkan lebih daripada 24 anjing, arnab dan kucing selepas meyakinkan pegawai bertugas di pasar untuk membenarkannya masuk.

“Apabila polis membuka pintu, banyak haiwan sudah mati di dalamnya,” kata Maheen kepada AFP, sambil menambah banyak yang lemas akibat kekurangan udara.

Pihak berkuasa Pakistan mengesahkan kira-kira 2,900 kes Covid-19 dan 45 kematian walaupun negara itu mempunyai 215 juta penduduk.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 4:40 PM