KEADAAN banjir yang melanda Bandung selepas air sungai Citarum melimpah. -Foto AFP
KEADAAN banjir yang melanda Bandung selepas air sungai Citarum melimpah. -Foto AFP
AFP

BANDUNG: Dua orang maut manakala enam lagi dilaporkan hilang dalam banjir kilat yang melanda Bandung dan beberapa kawasan di Indonesia sekali gus menyebabkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan.

AFP melaporkan, kejadian berlaku beberapa hari negara itu dilanda hujan lebat hingga menyebabkan air sungai Citarum yang digelar sebagai sungai paling kotor, melimpah.

Menurut agensi bencana, dua mangsa yang maut itu dilaporkan tinggal di pulau Flores, wilayah Timur Nusa Tenggara.

Jurucakapnya, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tiga mangsa turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Januari lalu, sekurang-kurangnya 70 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Sulawesi Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 4:30 PM