ADEL letak jawatan. FOTO/AGENSI
ADEL letak jawatan. FOTO/AGENSI
Reuters

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Adel Abdul Mahdi berkata dia akan meletak jawatan seterusnya membolehkan ahli Parlimen memilih kerajaan baru susulan protes antikerajaan yang menyelubungi negara itu sejak beberapa minggu lalu.

Menurut pejabatnya, keputusan itu diumumkan susulan desakan oleh imam Syiah tertinggi negara itu, Ayatollah Ali al-Sistani, untuk perubahan pucuk kepemimpinan.

“Susulan desakan ini, dan bagi mempercepatkan serta memudahkan proses itu, saya akan menawarkan peletakan jawatan daripada memimpin kerajaan sedia ada kepada Parlimen,” kata kenyataan yang ditandatangani Adel itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan bila peletakan jawatan itu berkuat kuasa. Parlimen bakal bersidang pada Ahad ini.

Pengumuman itu susulan beberapa minggu gerakan antikerajaan yang melihat pasukan keselamatan membunuh kira-kira 400 penunjuk perasaan yang memprotes secara aman, seterusnya melonjakkan tahap keganasan di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 9:35 PM