PENUNJUK perasaan anti-kerajaan mengibarkan bendera Iraq ketika pertempuran di Baghdad semalam. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan anti-kerajaan mengibarkan bendera Iraq ketika pertempuran di Baghdad semalam. FOTO AFP
Reuters

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Iraq dan penunjuk perasaan anti-kerajaan di timur Baghdad malam semalam, kata polis dan sumber perubatan.

Kesemuanya maut di Sadr City selepas polis yang menerima sokongan angkatan tentera menembak penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata.

Jumlah kematian selepas enam hari rusuhan kini lebih 100 orang manakala lebih 6,000 penduduk cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 6:08 PM