PENDUDUK berarak di atas kematian Hashed Al Shaabi. FOTO AFP
PENDUDUK berarak di atas kematian Hashed Al Shaabi. FOTO AFP
Reuters

Baghdad: Parlimen Iraq dijangka mengadakan sidang tergempar dipercayai bagi memohon resolusi untuk menggesa kerajaan memohon pengunduran tentera Amerika Syarikat di negara itu.

Sesi itu diadakan dua hari selepas serangan dron oleh AS terhadap konvoi di lapangan terbang antarabangsa di sini, yang menyebabkan Komander tentera Iran Qassem Soleimani dan timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi, Abu Mahdi al-Muhandis, terkorban.

“Tiada keperluan untuk tentera Amerika selepas (militan) Daish tewas,” kata Ammar al-Shibli, salah seorang ahli jawatankuasa undang-undang parlimen.

Perdana Menteri Iraq Adel Abdul Mahdi, yang kini menjadi perdana menteri sementara, selepas meletak jawatan akibat tekanan dari perusuh jalanan, awal Disember lalu, mahu sidang tergempar itu diadakan.

Ia bertujuan bagi memelihara kedaulatan negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 5:57 PM