Dick Advocaat (kanan) hanya tiga bulan mengendalikan skuad bola sepak Iraq. FOTO Agensi
Dick Advocaat (kanan) hanya tiga bulan mengendalikan skuad bola sepak Iraq. FOTO Agensi
AFP

Baghdad: Persekutuan Bolasepak Iraq hari ini, mengumumkan peletakan jawatan jurulatihnya, Dick Advocaat selepas tiga bulan memimpin tugas berkenaan.

Pengurus veteran dari Belanda berusia 74 tahun itu digantikan dengan Zeljko Petrovic, bagi persediaan menghadapi Piala Arab akan datang di Qatar, menurut jurucakap badan induk bola sepak negara itu.

"Advocaat menyatakan perasaan kesal di atas keputusan mengecewakan buat penyokong setia Iraq yang cukup pemurah, dan baginya secara peribadi, dia berharap pasukan kebangsaan negara itu dapat melayakkan diri ke Piala Dunia di Qatar," kata jurucakap Ahmed Odeh Zamel.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 1:03 PM