GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

LONDON: Pihak berkuasa sempadan United Kingdom (UK) memintas sebuah bot yang membawa 22 pendatang asing dalam operasi di Selat Inggeris hari ini.

AFP melaporkan yang memetik kementerian dalam negeri Britain berkata, operasi itu menjadikan jumlah pendatang yang ditahan sejak kelmarin kepada 44 orang.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan maklumat mengenai warganegara, umur dan jantina pendatang berkenaan.

Operasi pemerdagangan orang digiatkan oleh pihak berkuasa terutamanya selepas kematian 39 warga Vietnam yang mayat mereka ditemui dalam sebuah trak berhampiran London baru-baru ini.

Pemandu trak warga Britain itu kemudiannya didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian dan beberapa tuduhan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 12:04 AM