SELAMA bertahun-tahun, Mesir berusaha menangani pemberontakan di Utara Sinai. FOTO Agensi
SELAMA bertahun-tahun, Mesir berusaha menangani pemberontakan di Utara Sinai. FOTO Agensi
AFP

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 13 suspek militan ditembak mati oleh pasukan keselamatan Mesir dalam satu serbuan di Utara Sinai.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan, berkata polis menyerbu tempat persembunyian di sebuah rumah ladang di El-Arish yang membawa kepada kejadian tembakan.

Antara senjata yang dirampas termasuk alat peledak, senapang dan senjata, katanya tanpa memberikan tarikh operasi (serbuan itu dilancarkan).

Selama bertahun-tahun, Mesir berusaha menangani pemberontakan di Utara Sinai yang meningkat selepas kematian Mohamed Morsi pada 2013 berikutan bantahan besar-besaran.

Tentera melancarkan serangan sejak Februari 2018 terhadap militan yang memberi tumpuan kepada Utara Sinai, pangkalan sekutu tempatan kumpulan Daesh.

Menurut angka rasmi, sekurang-kurangnya, 750 yang disyaki militan dan 60 tentera terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 8:02 PM