SERAMAI 260 keluarga disatukan di atas jambatan yang menghubungkan Ciudad Juarez, Mexico dengan El Paso semalam. FOTO Agensi
SERAMAI 260 keluarga disatukan di atas jambatan yang menghubungkan Ciudad Juarez, Mexico dengan El Paso semalam. FOTO Agensi
AFP

CIUDAD JUAREZ (MEXICO): Ratusan pendatang Mexico di Amerika Syarikat (AS) disatukan kembali dengan keluarga mereka hanya untuk beberapa saat sebagai sebahagian daripada ‘pelukan bukan tembok’ di sempadan AS - Mexico.

Orang ramai menangis di atas jambatan yang menghubungkan Ciudad Juarez, Mexico dengan El Paso, Amerika Syarikat dengan melambaikan tangan ke arah ahli keluarga dan saudara-mara yang tidak ditemui selama bertahun-tahun dan berjalan perlahan bersama-sama.

HIBA. Reaksi seorang wanita bila bertemu semula sanak saudara terpisah bertahun lama. FOTO Reuters
HIBA. Reaksi seorang wanita bila bertemu semula sanak saudara terpisah bertahun lama. FOTO Reuters

Jambatan itu dijadikan wilayah neutral selama empat jam semasa acara itu yang berlangsung untuk kali ketujuh bagi membolehkan pendatang tanpa izin di AS untuk melihat ahli keluarga mereka di Mexico.

“Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan, ia sesuatu yang sangat indah dan amat diperlukan,” kata Brandon yang berusia 20 tahun kepada AFP sambil mengelap air mata di wajahnya.

Menurutnya, dia berpeluang melihat ibu bapa dan lima saudara perempuannya yang tinggal di Mexico dan tidak menemui mereka selama 5 tahun.

Acara yang dianjurkan Rangkaian Sempadan untuk Hak Asasi Manusia itu, menyaksikan seramai 260 keluarga bersatu dengan orang tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 7:54 PM