MEXICO kini bertungkus-lumus membendung kemasukan pelarian dari Amerika Tengah.
MEXICO kini bertungkus-lumus membendung kemasukan pelarian dari Amerika Tengah.
AFP

MEXICO CITY: Syarikat penerbangan Mexico, Volaris, menawarkan tambang serendah AS$1 dolar (RM4.14) kepada pendatang asing tanpa dokumen yang mahu pulang ke Costa Rica, El Salvador dan Guatemala.

Mexico kini bertungkus-lumus membendung kemasukan pelarian dari Amerika Tengah.

Usaha menerusi Program Menyatukan keluarga itu diumumkan Volaris menerusi kenyataan di Twitter Khamis lalu, bertujuan membantu menghantar balik pendatang asing.

Tawaran itu berlangsung hingga 30 Jun ini dan terbuka untuk warga Amerika Tengah yang mahu berlepas dari lapangan terbang di Tijuana, Ciudad Juarez, Guadalajara dan Mexico City.

Penumpang akan diberi tempat duduk sedia ada namun tidak termasuk bayaran cukai.

Lapangan Terbang Mexico City mengenakan cukai AS$45 (RM186.16) bagi penerbangan antarabangsa.

Sejak beberapa bulan lalu, Mexico dibanjiri pendatang dari Amerika Tengah selepas kerajaan pimpinan Andres Manuel Lopez Obrador mengumumkan dasar imigresen lebih mudah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 8:30 PM