GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

NEW DELHI: India bakal mengeluarkan larangan ke atas penjualan rokok elektronik.

Ia diumumkan sehari selepas New York sebagai negara kedua Amerika Syarikat yang mengharamkan e-rokok berperisa susulan kematian berkaitan vape.

“Keputusan itu dibuat selepas beberapa impak e-rokok ke atas belia hari ini,” kata Menteri Kewangan, Nirmala Sitharaman kepada wartawan di New Delhi.

Larangan India meliputi pengeluaran, pembuatan, import, eksport, pengangkutan, jualan, pengedaran, penyimpanan e-rokok serta iklan.

Kerajaan berkata, usaha kawalan ke atas tembakau akan dikemas kini dan menyumbang kepada pengurangan penggunaan tembakau. Hukuman penjara selama setahun boleh dikenakan.

Walaupun terdapat sebilangan yang menghisap vape, larangan kerajaan India turut menutup peluang pasaran sebanyak 1.3 bilion pengguna untuk pembuat rokok elektronik.

Undang-undang berkenaan turut dilaksanakan di negara lain malah Singapura sudah lama mengharamkan e-rokok. Di Jepun, vaping dan alternatif seperti ‘panas tidak membakar’ wap tembakau dibenarkan tetapi e-jus dengan nikotin tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 8:37 PM