BRITISH Airways akan membatalkan beberapa penerbangannya pada 27 September ini disebabkan juruterbang akan melancarkan mogok lagi. FOTO REUTERS
BRITISH Airways akan membatalkan beberapa penerbangannya pada 27 September ini disebabkan juruterbang akan melancarkan mogok lagi. FOTO REUTERS
Reuters

LONDON: Syarikat penerbangan British Airways akan membatalkan beberapa penerbangannya pada 27 September ini disebabkan juruterbang akan melancarkan mogok lagi.

“Kami menghubungi semua penumpang terjejas dan menawarkan bayaran balik wang atau menukarkan kepada tarikh, destinasi atau penerbangan lain,” katanya dalam satu kenyataan menerusi emel.

Namun, syarikat itu tidak menyatakan jumlah penerbangan yang akan terjejas.

Baru-baru ini, British Airways terpaksa membatalkan 1,700 penerbangan di Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick di London sepanjang dua hari juruterbang mogok.

Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan British (BALPA) menuntut British Airways memberi perkongsian keuntungan kepada juruterbangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 10:56 AM