FLICK cemerlang ketika mengendalikan Bayern Munich.
FLICK cemerlang ketika mengendalikan Bayern Munich.
Reuters

Madrid: Barcelona melantik bekas pengurus skuad kebangsaan Jerman dan pengendali Bayern Munich Hansi Flick sebagai ketua jurulatih baharu dengan kontrak dua tahun, menurut kelab La Liga itu hari ini.

Flick yang tidak mengendalikan kelab sejak dipecat Jerman pada September 2023 ditugaskan untuk memulihkan semula reputasi dan nasib Barcelona selepas gagal memenangi sebarang trofi musim ini dibawah kendalian Xavi Hernandez yang dipecat Jumaat lalu.

Dalam kenyataannya, kelab berkata mereka memilih pengurus yang sangat mengetahui taktikal pasukan yang membawanya pelbagai kejayaan di peringkat kelab dan antarabangsa serta menjuarai banyak kejohanan.

Xavi dipecat minggu lalu selepas gagal meraih sebarang gelaran musim ini yang menyaksikan Barca menamatkan kedudukan dengan 10 mata di belakang juara La Liga Real Madrid, tewas final Piala Super Sepanyol kepada musuh tradisi mereka itu dan disingkirkan Paris St Germain pada saingan lapan terakhir Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2024 @ 9:55 PM