JASIN 15 DECEMBER 2016. ( Wajah-wajah Metro ) Antara peserta dari universiti dan IPTA  yang menyertai pertandingan pengaturcaraan pada Karnival ICT dan Matematik 2016 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin, Semujuk. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD
JASIN 15 DECEMBER 2016. ( Wajah-wajah Metro ) Antara peserta dari universiti dan IPTA yang menyertai pertandingan pengaturcaraan pada Karnival ICT dan Matematik 2016 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin, Semujuk. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNOCD) menerajui usaha memerangi jenayah siber di seluruh Asia Tenggara.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan komitmen ini disuarakan pada dialog mengenai peraturan industri dan penguatkuasaan dalam mengurus jenayah siber bertujuan menangani ancaman yang semakin meluas dalam era digital.

Acara dua hari yang berakhir hari ini itu, menjadi platform penting bagi penggubal dasar, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pemimpin industri berbincang selain merangka strategi untuk dunia digital yang lebih selamat, termasuk mengukuhkan peraturan platform Over-the-Top (OTT) bagi membendung jenayah siber serta penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang.

"MCMC sangat menyokong penyelesaian teknologi yang mengutamakan keselamatan pengguna dan mengurangkan penyebaran kandungan terlarang merentasi platform dalam talian," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu juga memainkan peranan penting memudahkan perbincangan menangani cabaran peraturan platform OTT dan penggubalan dasar pencegahan jenayah siber yang komprehensif, memperjuangkan pendekatan kolaboratif untuk meningkatkan keselamatan digital serta rangka kerja kawal selia.

Di samping itu, MCMC turut mengambil sikap proaktif dalam mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan dan dasar serantau melalui perkongsian maklumat serta kerjasama dengan wakil kerajaan dari Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam, Filipina dan Indonesia.

"Usaha ini bertujuan membangunkan strategi dan pelan tindakan serantau yang mantap untuk memerangi jenayah siber secara berkesan, memfokuskan pada meningkatkan keselamatan serantau, menambah baik kerjasama rentas sempadan dan mengukuhkan rangka kerja undang-undang di samping mengimbangi inovasi teknologi dengan peraturan yang mantap," menurut MCMC.

Memahami arah aliran utama dan mengemudi landskap kawal selia penting untuk mencapai kejayaan dalam pengawasan kawal selia selain memastikan daya tahan ekosistem digital.

"Keseimbangan itu penting bagi memupuk persekitaran digital yang selamat untuk memacu pertumbuhan ekonomi sambil melindungi hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.

Melalui dialog berterusan serta usaha bersepadu, MCMC berusaha merintis laluan demi masa depan digital yang lebih selamat dan berdaya tahan untuk semua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2024 @ 9:59 PM