ASKAR Filipina berkawal di sebatang jalan di Jolo, Filipina. FOTO AFP
ASKAR Filipina berkawal di sebatang jalan di Jolo, Filipina. FOTO AFP
AFP

MANILA: Seorang pengebom berani mati wanita yang memakai jubah meletupkan dirinya di luar sebuah kem tentera di selatan Filipina tetapi tiada kematian dilaporkan, kata pihak berkuasa.

Serangan berani mati jarang berlaku di Filipina tetapi sejak Julai 2018 terdapat empat kejadian seperti itu termasuk kejadian terbaru di Pulau Jolo semalam.

Kumpulan militan Daish mengaku melancarkan tiga serangan sebelum itu dan pemerhati bimbang dengan peningkatan pengaruh kumpulan berkenaan.

Tentera dalam satu kenyataan memberitahu, penyerang berkenaan kelihatan seperti warga asing dan memakai jubah serta kemungkinan wanita.

Sehingga semalam tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu yang berlaku sehari selepas satu serangan bom oleh Daish yang mencederakan lapan orang di sebuah pasar di Mindanao.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 11:46 AM