Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM100 untuk murid sekolah rendah tahap dua selain pelajar dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula esok.

Anwar berkata, baucer berkenaan boleh digunakan golongan berkenaan bermula petang esok di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Bagaimanapun, kata Anwar, sebahagian peruntukan baucer itu ditetapkan untuk membeli buku diusulkan seperti novel karya Sasterawan Negara dan selebihnya diberikan kelonggaran kepada murid, pelajar serta penuntut untuk memilih buku pilihan sendiri.

Anwar mengumumkan berita gembira itu ketika berucap pada majlis perasmian PBAKL di WTC, di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 4:41 PM