TRIPADVISOR gagal hentikan ulasan palsu.
TRIPADVISOR gagal hentikan ulasan palsu.
AFP

LONDON: Laman web pengembara dan restoran Amerika Syarikat (AS) TripAdvisor dilaporkan gagal untuk menghentikan ulasan hotel palsu, menurut Persatuan Pengguna British, Which? dalam satu kajian yang diterbitkan hari ini.

Sejumlah 15 daripada 100 hotel dengan undian tertinggi di seluruh dunia memaparkan ulasan TripAdvisor yang secara jelas adalah palsu, lapor kajian itu.

Menurut TripAdvisor, ia komited memastikan maklumat diberi adalah tepat dan membuang si penipu sementara Which? menambah, laman web itu hanya bertindak sedemikian dengan membuang ratusan ulasan selepas munculnya kajian itu.

“TripAdvisor gagal membendung ulasan palsu dan mengambil tindakan keras terhadap hotel yang menyalahguna sistem hingga mengelirukan jutaan pelancong sekaligus berpotensi merosakkan cuti orang ramai,” kata Ketua Which? bahagian pengembaraan, Naomi Leach.

Namun, jurucakap TripAdvisor James Kay memberitahu BBC, laman itu bertindak dengan ‘sangat agresif’ ke atas ulasan palsu. “Kami ‘membersihkannya’ dengan lebih baik berbanding platform lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 10:06 PM