GAMBAR fail menunjukkan keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing menjelang Tahun Baru Cina. - Agensi
GAMBAR fail menunjukkan keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing menjelang Tahun Baru Cina. - Agensi
Agensi

Beijing: Daripada 400 juta rakyat China yang bakal mengembara pada cuti Tahun Baru Cina ini, tujuh juta dijangka merancang perjalanan ke luar negara.

Perkara itu dinyatakan agensi percutian dalam talian, Ctrip - versi TripAdvisor di negara itu, lapor agensi berita kebangsaan Xinhua.

Setakat ini, kata Ctrip, penduduk di 100 bandar di negara itu menempah perjalanan ke hampir 500 destinasi di lebih 90 negara dan daerah.

Destinasi paling popular termasuk negara jiran, Thailand, Jepun, Indonesia dan Singapura.

Negara Nordik, Emiriyah Arab Bersatu dan Sepanyol semakin popular dalam kalangan pelawat China tahun ini.

Setiap Tahun Baru Cina yang tahun ini jatuh pada 5 Februari, melihat migrasi manusia tertinggi di dunia, dengan ratusan juta pengembara China melalui perjalanan jauh dan panjang menaiki kereta api serta di jalan raya untuk melawat keluarga sepanjang percutian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 10:55 AM