TELITI gambar yang dimuat turun di laman rasmi hotel yang hendak ditempah itu.
TELITI gambar yang dimuat turun di laman rasmi hotel yang hendak ditempah itu.
Susunan Suliati Asri

Pada era serba canggih ini, segalanya cukup mudah. Urusan percutian terutama membuat tempahan bilik penginapan di lokasi percutian bagaikan di hujung jari.

Namun, anda perlu berhati-hati ketika membuat tempahan sama ada penginapan di hotel mewah atau sebaliknya kerana banyak kes tetamu kecewa apabila hotel yang ditempah tidak sama dengan apa yang dipromosikan dalam laman web.

Tip melancong kali ini menyenaraikan beberapa tip yang perlu anda perhatikan ketika membuat tempahan bilik hotel secara talian.

* Ulasan tetamu

Status perjalanan membantu kita untuk mendapatkan ulasan daripada tetamu yang pernah menginap di sesebuah hotel.

Jadi, untuk tidak kecewa dengan pilihan hotel yang dibuat, perhatikan berapa banyak ulasan nagatif yang tertera.

Namun, jangan hanya bergantung kepada satu ulasan sahaja. Cuba cari ulasan lain dan bandingkan sebijaknya.

* Status online rasmi

Jika status online rasmi hotel nampak terurus dengan gambar yang diletakkan dalam resolusi kecil, anda perlu curigai kredibiliti hotel itu.

Ini kerana, tidak kira hostel atau hotel berbintang rendah, mereka memiliki laman web rasmi sendiri. Jika tidak pun, mereka pasti memiliki media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan hotel berkenaan.

Oleh itu, cuba lakukan pencarian di dunia maya untuk mendapatkan gambar terbaru hotel yang bakal diinapi.

* Gambar hotel

Dengan pelbagai perisian yang canggih, sesiapa saja boleh menyunting gambar, sekali gus membuatkan gambar yang tidak cantik menjadi sungguh cantik.

Untuk tidak kecewa dengan gambar yang dilihat di laman web, teliti betul-betul setiap gambar yang dimuat naik di laman web hotel.

* Lokasi

Teliti adakah lokasi hotel itu sesuai dengan apa yang diterangkan dalam status online rasmi hotel.

Cara mengetahuinya adalah dengan menggunakan peta yang tersedia di Google Map.

Cari lokasi hotel yang sebenarnya. Dengan kecanggihan peta iaitu Google Map Street View, anda boleh melihat dengan jelas lokasi dan gambaran hotel yang mahu ditempah itu.

Anda juga boleh menelefon pejabat pelancongan tempatan untuk bertanya lokasi hotel yang dipilih. Jika tidak sesuai seperti apa yang digambarkan, hotel itu memang tidak boleh dipercayai.

* Telefon

Walaupun menggunakan talian lebih mudah, cuba telefon ke penginapan yang dinginkan itu.

Apakah memang ada orang yang akan menjawab panggilan anda dan dengan ramah memberi maklumat yang anda perlukan atau sebaliknya.

Hal ini berguna sebagai gambaran awal layanan yang akan diterima ketika menginap nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 5:03 AM