JOANA (tengah) ketika membuat persembahan.
JOANA (tengah) ketika membuat persembahan.
Agensi

Madrid: Seorang penari maut selepas perutnya terkena percikan bunga api ketika membuat persembahan yang di konsert di Sepanyol.

Mail Online melaporkan, Joana Sainz Garcia membuat persembahan bersama kumpulannya Super Hollywood Orchestra di Las Berlanas, Avila berhampiran Madrid pada pagi Ahad lalu.

Kumpulan itu yang mempunyai 15 anggota termasuk penyanyi, pemain muzik dan penari berada di pentas sebelum bunga api yang dijadikan kesan khas terkena perut Joana.

Akhbar El Norte de Castilla melaporkan, mangsa segera dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Joana Sainz Garcia
Joana Sainz Garcia

Dalam satu video persembahan berkenaan, menunjukkan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan itu di pentas, menari dengan muzik yang kuat.

Tiba-tiba dua percikan api keluar dari alat di depan pentas dengan satunya kelihatan meletup.

Joana jatuh di pentas dan beberapa rakannya segera membantu wanita itu.

Ketika kejadian terdapat kira-kira 1,000 penonton dan persembahan itu kemudiannya ditamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 1:44 PM