SEKITAR 60 orang berjaya diselamatkan daripada kapal karam di luar pantai Libya.
SEKITAR 60 orang berjaya diselamatkan daripada kapal karam di luar pantai Libya.
Reuters

GENEVA: Kira-kira 40 orang dikhuatiri maut atau hilang apabila sebuah kapal yang membawa pendatang ke Eropah dilaporkan karam di luar pantai Libya.

Manakala, seramai 60 orang berjaya diselamatkan, kata Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)

“Berita mengejutkan itu kemungkinan disebabkan kehilangan nyawa dari kapal karam di luar pantai Libya,” kata jurucakap UNHCR, Charlie Yaxley dalam tweet.

“Sekitar 60 orang sudah diselamatkan dan kembali ke pantai tetapi 40 orang dianggarkan terkorban atau hilang.”

Jurucakap pengawal Libya, Ayoub Qassem, berkata lima mayat sudah ditemui dan 65 pendatang diselamatkan kira-kira 14.4 kilometer dari luar pantai Khoms.

Tiga dari mereka yang maut adalah warga Maghribi, seorang dari Sudan dan satu dari Somalia, kata Qassem.

Menurut UNHCR, kebanyakan yang terselamat adalah dari Sudan, diikuti Mesir, Maghribi dan Tunisia.

Minggu lalu lebih 100 orang maut dan sebuah bot dengan penumpang seramai 250 orang terbalik bulan lepas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:23 PM