PEMBERONTAK melancarkan 107mm roket ke arah sebuah akademi melatih jurutera tentera.
PEMBERONTAK melancarkan 107mm roket ke arah sebuah akademi melatih jurutera tentera.
AFP

PYIN OO LWIN: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam pertempuran berterusan antara tentera dan pemberontak.

Serangan itu mensasarkan Pyin Oo Lwin, bandar yang menjadi tumpuan pelancong berhampiran Mandalay, yang juga kem latihan tentera.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Zaw Min Tun memberitahu AFP, dua anggota tentera dan seorang penduduk mangsa terbaru yang maut dan pertempuran masih berterusan.

Pemberontak melancarkan 107mm roket ke arah sebuah akademi melatih jurutera tentera dari kawasan bukit berhampiran.

Tentera Pembebasan Kebangsaan Taaung (TNLA) mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu dan melakukannya sebagai tindak balas.

Jurucakap TNLA, Mejar Mai Aik Kyaw turut mengesahkan serangan itu dilakukan bersama Perikatan Tentera Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) dan Tentera Arakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 8:26 PM