PESAWAT tentera yang terhempas di Yangon, hari ini.
PESAWAT tentera yang terhempas di Yangon, hari ini.
AFP

Yangon: Seramai 12 individu maut selepas pesawat tentera Myanmar yang membawa sami dan beberapa penderma ke acara keagamaan terhempas, hari ini.

Pesawat berkenaan yang membawa enam kru dan lapan penumpang terhempas sebelum mendarat di Pyin Oo Lwin. Jurucakap tentera, Zaw Min Tu berkata, punca kejadian mungkin disebabkan cuaca buruk.

Katanya, kakitangan kecemasan berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki dan anggota berpangkat sarjan yang kemudiannya dibawa ke hospital tentera berhampiran lokasi kejadian.

Kavisara, seorang sami yang terkenal dari kuil Zay Kone berhampiran Naypyidaw, bersama tujuh penderma berada dalam pesawat berkenaan menuju ke Pyin Oo Lwin untuk acara pembukaan majlis agama.

Pyin Oo Lwin adalah daerah yang menempatkan Akademi Perkhidmatan Pertahanan di mana pegawai tertinggi tentera mendapat latihan, termasuk pemimpin junta, Min Aung Hlaing.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 6:11 PM