DOKTOR berjaya mengeluarkan barang kemas dan duit syiling daripada perut wanita terbabit. FOTO: Agensi
DOKTOR berjaya mengeluarkan barang kemas dan duit syiling daripada perut wanita terbabit. FOTO: Agensi
Agensi

NEW DELHI: Pakar bedah di India terkejut apabila mengeluarkan barang kemas dan duit syiling daripada perut seorang wanita bernilai lebih £53,000 (RM273,000).

Runi Khatun, 26, dalam keadaan ‘lemah dan kurus kering’ ketika dikejarkan ke hospital pada 16 Julai lalu apabila muntah setiap kali makan.

Apabila dibedah, doktor mengeluarkan 69 rantai, 80 anting-anting, 46 syiling, lapan loket, 11 anting-anting hidung, empat kunci, lima gelang kaki dan satu muka jam tangan di dalam perutnya.

Ibunya mengaku ada barangan yang hilang di rumah mereka tetapi tidak menyangka Runi menelan semuanya, lapor Mail Online. Menurutnya, apabila disoal mengenai barangan yang hilang Runi akan menangis.

Sementara itu, pakar bedah Dr Siddhartha Biswas berkata, keadaan Runi amat kritikal ketika dibawa ke hospital malah dia langsung tidak mampu makan dan pihaknya terpaksa menstabilkannya selama seminggu sebelum dapat melakukan pembedahan.

“Jika dibedah lebih awal, tidak mungkin dia boleh diselamatkan,” katanya.

Runi kini dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 10:26 PM