RUPA butang yang ringkas tetapi unik.
RUPA butang yang ringkas tetapi unik.
Oleh Zaitie Satibi


Pelbagai jenis kerongsang dipakai untuk melengkapkan gaya sama ada disemat di dada, tepi dada, leher baju atau kepala bagi yang bertudung.

Namun, pengasas jenama Odda, Nadia Halim, 30, pula menampilkan kelainan apabila menawarkan variasi kerongsang pelbagai warna dan bentuk untuk disemat pada bahu.

"Pelengkap gaya lazim dipakai rantai leher, gelang tangan, cincin, anting-anting, pin tudung dan tidak ketinggalan kerongsang.

"Namun, saya sukakan sesuatu yang unik dan memikirkan untuk menjual kerongsang bahu dengan pelbagai jenis rekaan yang sesuai dipakai oleh pelbagai peringkat usia," katanya.

Kerongsang bahu yang dijual ada yang berbutang ringkas dan mempunyai juraian yang panjang. Malah, ada juga kerongsang bahu yang berpaku 'stud'.

Amat sesuai dipakai dengan busana kosong tanpa corak seperti jaket, blazer, gaun panjang dan jubah untuk digayakan pada majlis istimewa, makan malam dan hari perkahwinan.

Kerongsang bahu daripada Odda dijual pada harga antara RM20 hingga RM50 boleh dilayari di Instagram, by_odda atau kunjungi gerai di Modvier, Bangsar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 6:02 AM