KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengeluarkan kenyataan menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Maluku dan Sulawesi yang di landa gempa bumi malam tadi supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut kenyataan di Twitter itu, mereka diminta mengikuti arahan terkini dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di talian +62215224947 atau +6281380813036.

Gempa bumi denfan kekuatan 7.1 magnitud melanda wilayah Ternate, Maluku Utara, pada 10.08 malam tadi waktu tempatan.

Gegaran gempa itu boleh dirasa di Manado dan Bitung di Sulawesi Utara serta Ternate Maluku.

Berikutan itu pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami di kawasan sekitar Sulawesi Utara.

Gempa itu berpusat 133 kilometer di perairan barat daya Ternate.

Gegaran gempa itu boleh dirasa di Manado dan Bitung di Sulawesi Utara serta Ternate Maluku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 1:20 AM