PULAU Raoul dilanda gempa bumi berskala 6.8 magnitud. FOTO/AGENSI
PULAU Raoul dilanda gempa bumi berskala 6.8 magnitud. FOTO/AGENSI
Reuters

WELLINGTON: Gempa 6.8 magnitud melanda selatan tenggara Pulau Raoul di rantau Pasifik Kermadec, menurut Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.

Gempa itu berlaku pada jarak 180 kilometer di selatan tenggara Raoul pada kedalaman 10 kilometer. Kawasan berkenaan dilaporkan kerap dilanda gempa.

Tiada kecederaan, kematian mahupun kemusnahan akibat gempa bumi dilaporkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 5:15 PM