Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
BERNAMA

Wellington: Agensi geologi New Zealand, GeoNet melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.1 magnitud melanda Waikato pada 1.30 pagi, Isnin.

Gegaran susulan turut dilaporkan beberapa jam selepas itu, menurut agensi berita Xinhua.

Ribuan penduduk menghuni kepulauan utara berkenaan, mula merasai gegaran pada tengah malam.

GeoNet menenangkan penduduk dan memaklumkan menerusi Twitter, "gempa bumi kuat mudah dirasai, tetapi biasanya tidak menghampiri pusat gempa."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 8:56 AM