GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

WELLINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda kawasan berhampiran kepulauan Kermadec di timur laut New Zealand, hari ini.

Kementerian Pertahanan Awam dan Pengurusan Kecemasan New Zealand menerusi satu kenyataan di Twitter berkata negara itu bebas daripada ancaman tsunami.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tercetus pada jam 10.55 pagi waktu tempatan pada kedalaman 34 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa di sepanjang persisiran pantai kepulauan Kermadec.

Pada Februari 2018, seramai 150 penduduk maut manakala ratusan bangunan musnah apabila gempa bumi berukuran 7.5 melanda Papua New Guinea.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 10:49 AM