BERNAMA

Wellington: New Zealand sedang menilai kemungkinan risiko tsunami selepas gempa bumi 7.1 magnitud menggegarkan wilayah kepulauan timur laut negara itu.

Gempa bumi itu melanda wilayah Kepulauan Kermadec dengan kedalaman 49 kilometer pada pukul 12.41 tengah hari waktu tempatan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Kecemasan New Zealand dalam satu kenyataan, penduduk berhampiran kawasan pantai yang merasai gegaran perlu dipindahkan segera.

"Di kawasan ini mungkin berisiko berlaku tsunami dan mungkin boleh berlaku secara tiba-tiba, jadi penduduk perlu dipindahkan segera ke kawasan yang selamat," menurut agensi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2023 @ 1:39 PM