PEGAWAI keselamatan melepasi lapangan terbang Abha di Arab Saudi, selepas diserang oleh kumpulan Houthi Yaman di Abha, Arab Saudi. FOTO Reuters.
PEGAWAI keselamatan melepasi lapangan terbang Abha di Arab Saudi, selepas diserang oleh kumpulan Houthi Yaman di Abha, Arab Saudi. FOTO Reuters.
AFP

RIYADH: Tentera Arab Saudi memintas dua lagi dron milik pemberontak Yaman yang membawa muatan bom dan salah satunya sekali lagi disasarkan ke bandar Abha selepas berkali-kali diserang dalam tempoh seminggu lalu, kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi.

AFP melaporkan, salah satu dron terbabit menyasarkan kawasan orang awam di bandar berkenaan dan satu lagi dron berjaya ditembak di udara namun serangan lewat semalam tidak menyebabkan kematian, kata kenyataan mereka.

Stesen televisyen milik Houthi, Al-Masirah TV sebelum ini melaporkan, pemberontak itu melancarkan serangan dron ke atas lapangan terbang Abha yang menjadi sasaran sejak seminggu lalu.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap satu lagi serangan di lapangan terbang terbabit awal pagi semalam namun ia tidak disahkan oleh tentera pakatan berkenaan.

Rabu lalu, tentera pakatan itu berkata, serangan peluru berpandu dibedil Houthi ke atas lapangan terbang terbabit menyebabkan 26 orang awam cedera dan mereka berjanji tindakan tegas akan diambil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 12:59 PM