PASANGAN diraja menemui mangsa di pusat pemindahan selepas gempa bumi dan tsunami pada 2011. FOTO Agensi
PASANGAN diraja menemui mangsa di pusat pemindahan selepas gempa bumi dan tsunami pada 2011. FOTO Agensi
Agensi

MAHARAJA Akihito mengakhiri pemerintahannya selama tiga dekad pada usia 85 tahun hari ini selepas memilih turun takhta atas sebab kesihatan. Ia pertama kali Jepun melihat seorang maharaja berundur daripada Takhta Kekwa sejak 1817.

Pemerintahannya selama 31 tahun digelar Heisei atau bermaksud secara kasar sebagai ‘mencapai keamanan’ berakhir dengan majlis di istananya di Tokyo, manakala keesokannya anaknya Putera Mahkota Naruhito, 59, menaiki takhta dalam pelbagai acara yang akan diadakan di lokasi sama.

Menurut Bloomberg, Akihito membantu memodenkan monarki tertua dunia itu apabila mendekatkan keluarga diraja dengan rakyatnya.

AKIHITO dan Michiko melawat zon bencana di Asahi selepas gempa bumi dan tsunami pada 2011.
AKIHITO dan Michiko melawat zon bencana di Asahi selepas gempa bumi dan tsunami pada 2011.

Dia dan isteri, Maharani Michiko memaparkan pendekatan lebih lembut malah dilihat memainkan peranan penting memimpin negara itu ketika pelbagai bencana alam, termasuk lawatan ke pusat pemindahan untuk bertemu mangsa terselamat secara peribadi.

Akihito maharaja pertama memerintah sepenuhnya di bawah perlembagaan yang didraf Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua yang pertama mengahwini rakyat biasa, selain juga yang pertama membesarkan anaknya bersamanya di rumah.

Akihito dan Michiko membuat lawatan ke 28 negara sepanjang pemerintahannya, menurut Agensi Rumah Tangga Diraja.

NARUHITO bersama isterinya Puteri Masako memulakan era baru Reiwa pada 1 Mei ini.
NARUHITO bersama isterinya Puteri Masako memulakan era baru Reiwa pada 1 Mei ini.

Mereka memainkan peranan penting dalam pelbagai usaha bantuan selepas bencana besar bukan saja untuk menenangkan mangsa malah juga mereka yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat.

Pasangan diraja itu membuat lebih 500 lawatan di seluruh negara untuk melihat kemudahan serta menemui golongan yang memerlukan, termasuk kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang upaya.

Rakyat Jepun menunjukkan simpati apabila dia membuat pengumuman yang disiarkan televisyen pada 2016 menyatakan niatnya turun takhta atas sebab kesihatan dan usia yang sudah terlalu tua.

Susulan itu, kerajaan meluluskan undang-undang yang membolehkannya berbuat demikian.

Era baru, Reiwa atau bererti ketenangan yang bertuah akan bermula di bawah pemerintahan anaknya, Naruhito pada 1 Mei ini.

KETUA Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan nama era pemerintahan baru, Reiwa, bulan lalu.
KETUA Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan nama era pemerintahan baru, Reiwa, bulan lalu.

AKIHITO dan Michiko bercinta selepas berkenalan di gelanggang tenis.
AKIHITO dan Michiko bercinta selepas berkenalan di gelanggang tenis.

ORANG ramai menyaksikan pengumuman Akihito disiarkan di televisyen besar di Tokyo pada 8 Ogos 2016.
ORANG ramai menyaksikan pengumuman Akihito disiarkan di televisyen besar di Tokyo pada 8 Ogos 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 11:13 AM