SCOTT Walker mati pada usia 76 tahun.
SCOTT Walker mati pada usia 76 tahun.
AFP

LONDON: Penyanyi dan penulis lagu, Scott Walker mati pada usia 76 tahun. Dia dijulang sebagai ikon pop kerana kejayaannya dalam bidang berkenaan sejak 1960-an sehingga abad ke-21, kata syarikat rakamannya hari ini.

Walker dikenali sebagai penyanyi utama band 1960-an The Walker Brothers, lahir di Amerika Syarikat dan memperoleh kewarganegaraan British.

Dia memulakan kerjaya solo pada 1967 dan dipetik sebagai artis berpengaruh di British selama beberapa dekad termasuk ke atas David Bowie, Pulp dan Bat for Lashes.

The Walker Brothers mengungguli carta hits di Britain menerusi lagu Make It Easy On Yourself pada 1965 dan The Sun Ain’t Gonna Shine Anymore pada 1966.

Vokalis utama Radiohead, Thom Yorke melabel Walker sebagai “orang luar yang baik dan memberi pengaruh besar kepada Radiohead malah saya sendiri dan mengajar bagaimana saya dapat menggunakan suara dan kata-kata saya.”

Sebagai pemain pelbagai alat muzik, komposer dan penerbit rekod, Walker turut hit menerusi solo Jackie (1967), Joanna (1968) dan Lights of Cincinnati (1969).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 7:28 PM