WALKER (kiri) disenaraikan dalam skuad England untuk kelayakan Euro 2024. FOTO AFP
WALKER (kiri) disenaraikan dalam skuad England untuk kelayakan Euro 2024. FOTO AFP
AFP

Manchester, United Kingdom: Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker tidak akan berdepan dengan tindakan lanjut dari Polis berhubung dakwaan dia berkelakuan tidak senonoh di bar awal bulan ini.

Polis Cheshire membuka siasatan selepas akhbar The Sun menyiarkan rakaman kamera keselamatan ke dalam talian yang mengatakan Walker melakukan perbuatan itu di sebuah bar di Wilmslow pada 8 Mac.

Jurucakap Cheshire Constabulary berkata: "Petugas kini menyelesaikan soal siasat mereka termasuk bercakap dengan mereka yang terbabit secara langsung.

"Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Prestbury secara sukarela hadir balai polis untuk disoal siasat pada 16 Mac.

"Urusan selesai di luar mahkamah dan perkara kini ditutup."

Pengurus City, Pep Guardiola menyifatkan insiden itu sebagai "isu peribadi" yang ditangani secara dalaman.

Manakala Pengurus England, Gareth Southgate berkata beliau sudah "bercakap panjang lebar" dengan Walker sebelum menyenaraikan namanya ke dalam skuad kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine.

Walker memenangi empat kejuaraan Liga Perdana di antara sembilan trofi utama sejak menyertai City dari Tottenham pada 2017 dan membuat penampilan 73 kali bersama England.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 8:04 AM