KEDIAMAN ini pernah memenangi Anugerah Wilkinson Institute of Architects (NSW Chapter) Royal Australian.
KEDIAMAN ini pernah memenangi Anugerah Wilkinson Institute of Architects (NSW Chapter) Royal Australian.
Hartini Mohd Nawi


The Harry & Penelope Seidler House yang direka Harry dan Penelope ini juga adalah kediaman seni bina unik, siap sepenuhnya pada 1967, terletak di pinggir bandar Killara.

Kedudukannya 15 kilometer dari pusat perniagaan Sydney, Australia.

Apabila kediaman itu siap sepenuhnya ia mencatatkan keluasan 400 meter persegi.

Harry dan Penelope berpindah ke bangunan berkenaan pada hari kelahiran Harry.

Namun Harry meninggal dunia 9 Mac 2006. Penelope pula hingga kini masih mendiami kediaman itu dan bekerja sebagai arkitek.

Kediaman ini pernah memenangi Anugerah Wilkinson Institute of Architects (NSW Chapter) Royal Australian juga pada 1967.

‘Jambatan’ konkrit yang dibina menghala pintu masuk utama kediaman turut menempatkan plak anugerah berkenaan.

DARI segenap sudut, reka bentuk kediaman ini nyata menarik.
DARI segenap sudut, reka bentuk kediaman ini nyata menarik.

Perincian unik kediaman itu merangkumi binaan empat peringkat dengan bahagian tengah menghubungkan anak tangga dengan ruang lain.

Berada di bahagian itu, anda berpeluang menyaksikan pemandangan indah dari dalam dan persekitaran luarnya.

Di samping itu, kediaman ini mempunyai tiga tingkat atas yang hanya sebahagiannya terbuka antara satu sama lain dan tingkat empat yang lebih rendah kedudukannya.

Tingkat atas itu menempatkan ruang dapur dan ruang makan, galeri kecil serta balkoni.

KOLAM renang dan kawasan luaran yang besar diubah suai pada 1976.
KOLAM renang dan kawasan luaran yang besar diubah suai pada 1976.

Sementara tingkat dua memperlihatkan dekorasi menarik ruang tamu dengan balkoni dan bilik tidur utama.

Kedua-dua tingkat ini berkongsi siling yang sama berlatarkan kayu oak Tasmania.

Sementara bahagian dinding batu bertetulang pula dilengkapi dengan siling kayu oak Tasmania dan lantai batu ‘quartzite’ Norway.

Perabotnya pula turut berasaskan kayu oak Tasmania dengan rekaan moden selain turut menyenaraikan hasil idea pereka Marcel Breuer, Eero Saarinen dan Charles & Ray Eames.

ANTARA dekorasi ruang dalam suasana moden 1960-an dan 1970-an.
ANTARA dekorasi ruang dalam suasana moden 1960-an dan 1970-an.

Sekali gus memaparkan konsep dekorasi moden 1960-an hingga 1970-an.

Kolam renang dan kawasan luaran yang besar diubah suai pada 1976.

Uniknya kediaman ini dikelilingi belukar semula jadi yang bagaikan memperlihatkan keaslian landskap negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 8:17 AM