TANGAN kanan Burston yang berbalut akibat luka pergaduhan. FOTO EPA
TANGAN kanan Burston yang berbalut akibat luka pergaduhan. FOTO EPA
AFP

SYDNEY: Polis Australia sedang menyiasat insiden pergaduhan membabitkan seorang senator dan pegawai kanan kepada senator hingga meninggalkan kesan darah di bangunan parlimen.

AFP melaporkan, kejadian dikatakan berlaku pada malam Selasa lalu antara Senator Brian Burston, 70, dengan pegawai kanan kepada Senator Pauline Hanson, James Ashby.

Burston yang luka ibu jari akibat kejadian itu dan mengaku mengesat darahnya pada pintu pejabat Pauline di parlimen walaupun pada awalnya dia nafi melakukannya.

Kejadian yang turut dirakam kamera itu berlaku selepas Pauline menuduh seorang senator yang dipercayai Burston, melakukan gangguan seksual.

Burston dalam kenyataannya berkata, dia sudah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada pihak polis dan memohon perintah sekatan terhadap Ashby.

The Guardian melaporkan, seorang pembantu kanan wanita sebelum ini pernah mendakwa Burston melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 5:41 PM