FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Reuters

CALIFORNIA: Facebook Inc akan mengemas kini kandungannya bagi mengelakkan pengguna meneruskan aktiviti yang boleh melanggar peraturan media sosial itu.

“Ia bertujuan menghalang pengguna yang disekat mewujudkan laman pendua bagi meneruskan aktiviti yang sama.

“Sekatan berkenaan meliputi beberapa perkara termasuklah ucapan bernada kebencian, keganasan grafik serta gangguan dan buli.

“Ia berkuatkuasa dalam beberapa minggu akan datang,” kata gergasi media sosial itu menerusi satu kenyataan.

Syarikat media sosial yang berpangkalan di Menlo Park, California, berkata pemilik laman akan diperkenalkan dengan butang baru yang memaklumkan Facebook menyekat kandungan yang melanggar dasar piawaian komuniti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 1:40 PM