Zuckerberg merancang untuk mengintegrasikan WhatsApp, Instagram dan FB Messenger. FOTOAGENSI
Zuckerberg merancang untuk mengintegrasikan WhatsApp, Instagram dan FB Messenger. FOTOAGENSI
NYT

CALIFORNIA: Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg merancang untuk mengintegrasikan infrastruktur pesanan asas bagi perkhidmatan WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger dan menggabungkan penyulitan hujung-ke-hujung kepada aplikasi ini, kata New York Times, semalam.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan akan diteruskan sebagai aplikasi yang berdiri sendiri.

Memetik laporan di https://www.nytimes.com/2019/01/25/technology/facebook-instagram-whatsap... berkata, usaha itu dilaksanakan oleh empat individu.

Gergasi media sosial itu masih mebincangkan perkara itu pada peringkat awal dan bakal melaksanakannya menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun 2020.

Selepas penggabungan itu, pengguna Facebook boleh menghantar mesej tersulit kepada seseorang yang hanya mempunyai akaun WhatsApp.

Penyulitan hujung-ke-hujung melindungi mesej daripada diperoleh oleh pihak ketiga kecuali mereka yang menyertai perbualan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 10:45 AM