FACEBOOK Inc sudah membuang 1.5 juta rakaman video serangan pengganas di New Zealand.
FACEBOOK Inc sudah membuang 1.5 juta rakaman video serangan pengganas di New Zealand.
Reuters

CALIFORNIA: Syarikat aplikasi media sosial, Facebook Inc berkata, ia sudah membuang 1.5 juta rakaman video kejadian serangan pengganas di New Zealand yang disebarkan pengguna di platform itu dalam tempoh 24 jam pertama selepas masjid diserang.

“Dalam tempoh 24 jam pertama, kita sudah membuang 1.5 juta video serangan dari seluruh dunia yang mana lebih 1.2 video disekat ketika dimuat naik,” kata Facebook di laman twitter.

Syarikat itu berkata, ia turut membuang semua versi video yang sudah disunting daripada menunjukkan rakaman ganas.

Angka kematian akibat serangan di dua masjid itu hari ini dilaporkan meningkat kepada 50 orang.

Pengganas yang melakukan serangan itu membuat siaran langsung di Facebook selama 17 minit dengan aplikasi yang biasa digunakan bagi peminat sukan ekstrim sebelum salinan video terbabit menjadi tular di media sosial beberapa jam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 2:11 PM