IMBASAN menunjukkan besi yang terjatuh dari platform di tingkat dua sebelum menusuk kepala mangsa. FOTO Daily Mail/AsiaWire
IMBASAN menunjukkan besi yang terjatuh dari platform di tingkat dua sebelum menusuk kepala mangsa. FOTO Daily Mail/AsiaWire
Daily Mail

PEKERJA tapak pembinaan bertarung nyawa apabila kepalanya tertusuk besi sepanjang tiga meter di wilayah Gansu, China, 28 Julai lalu.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditimpa kejadian malang terbabit ketika bekerja tanpa memakai topi keledar keselamatan.

Daily Mail melaporkan, besi itu terjatuh dari platform di tingkat dua sebelum menusuk kepala mangsa yang dikenali sebagai Kang Jie itu.

Paramedik yang tiba tidak lama selepas kejadian memberi rawatan kecemasan manakala bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk mengerat besi terbabit.

Dia dibawa ke hospital tempatan di Gansu untuk imbasan CT sebelum dipindahkan ke hospital lain di Xi’an pada hari sama.

Menurut hospital, besi itu menembusi bahagian kanan tengkorak lelaki terbabit sebelum melakukan pembedahan tiga jam untuk mengeluarkannya.

Hospital terbabit menjelaskan, doktor berjaya menyelamatkan nyawa pesakit dengan membuang tisu rosak dan mencantum semula tengkoraknya.

Kang bernasib baik apabila dia tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Ogos 2018 @ 12:26 AM