KANG In (kanan) berjaya membantu Korea Selatan berjaya meraih emas Sukan Asia. FOTO AFP
KANG In (kanan) berjaya membantu Korea Selatan berjaya meraih emas Sukan Asia. FOTO AFP
AFP

Hangzhou: Bintang Paris Saint Germain (PSG) Lee Kang In berjaya menyempurnakan tanggungjawab dengan membantu pasukan bola sepak Korea Selatan mempertahankan emas Sukan Asia tatkala dia mendapat pengecualian latihan tentera.

Kang In membantu Korea Selatan merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dengan persembahan mengagumkan ketika kemenangan 2-1 ke atas Jepun di Hangzhou.

Hampir setiap lelaki rakyat Korea Selatan yang sihat tubuh badan dikehendaki melaksanakan perkhidmatan ketenteraan sekurang-kurangnya 18 bulan, tetapi kerajaan memberi pengecualian kepada pemenang pingat emas Sukan Asia dan pingat Olimpik sebarang warna.

Kang In mengikut jejak langkah penyerang Tottenham Son Heung-min, yang memenangi emas di Jakarta pada 2018.

Jurulatih Hwang Sung Hong berkata, pengecualian itu 'sangat berbeza daripada bermain bola sepak' dan mempunyai harapan yang tinggi untuk masa depan Kang In.

"Selagi pemain itu mempunyai lambang Taeguk Warriors pada bajunya, dia mempunyai hak dan tanggungjawab bermain untuk Korea Selatan dan demi kegemilangannya," katanya.

"Saya mengharapkan kejayaan untuk masa depannya."

Kang In, yang menyertai PSG dari kelab Sepanyol, Mallorca pada musim panas, tiba lewat di Hangzhou dan dengan jarang diturunkan dalam perjalanan ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2023 @ 10:52 AM