MANGSA semakin pulih selepas menjalani pembedahan.
MANGSA semakin pulih selepas menjalani pembedahan.
Agensi

Beijing: Seorang budak perempuan berusia empat tahun sangat bernasib baik apabila terselamat selepas ditusuk batang besi dari mulut ke otaknya minggu lalu.

Kanak-kanak dari Chifeng, Inner Mongolia itu, bermain dengan batang besi berkenaan yang ditemuinya di dalam sebuah kereta, lapor laman web berita China, Toutiao.

Kanak-kanak itu tersadung dan terjatuh menyebabkan batang besi itu masuk ke mulutnya dan menusuk ke belakang kepalanya.

Selepas dibawa ke hospital, doktor mendapati batang besi itu menusuk tengkoraknya di belakang mata.

Bagaimanapun, hospital itu tidak cukup kelengkapan untuk menjalankan pembedahan menyebabkan mangsa dipindahkan ke pusat perubatan di Beijing untuk menyelamatkannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 8:12 AM