Helikopter memadamkan kebakaran dengan mencurah air di lokasi kejadian. FOTO Tage Anzeiger
Helikopter memadamkan kebakaran dengan mencurah air di lokasi kejadian. FOTO Tage Anzeiger
Reuters

ZURICH: Beberapa orang maut selepas pesawat ringan terhempas di hutan di Switzerland, semalam hingga menyebabkan kebakaran hutan memusnahkan pesawat itu sepenuhnya, kata polis.

Pesawat itu terhempas di kawasan hutan sukar diakses di laluan pergunungan Rengg terletak di wilayah Nidwalden.

“Kebakaran merebak di kawasan hutan berkayu yang terpaksa dipadam menggunakan helikopter.

“Laluan ke bangkai pesawat perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum penyelamat tiba,” menurut kenyataan polis.

Jurucakap polis berkata, pihaknya akan memaklumkan butiran lanjut mengenai jumlah dan identiti mangsa, selepas memaklumkannya kepada ahli keluarga mereka.

Punca nahas masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Ogos 2018 @ 11:41 PM