CONTOH pesawat ringan yang dinaiki keluarga mangsa. FOTO/AGENSI
CONTOH pesawat ringan yang dinaiki keluarga mangsa. FOTO/AGENSI
Reuters

ZURICH: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut apabila pesawat kecil yang mereka naiki terhempas di dalam kawasan hutan pagi semalam.

Menurut polis, nahas berkenaan menyebabkan kawasan sekitar hutan itu terbakar dan memusnahkan keseluruhan pesawat.

Pesawat itu terhempas di kawasan sukar dimasuki di pergunungan Rengg di Nidwalden.

“Sebelum penyelamat berjaya sampai ke lokasi, anggota bomba terpaksa menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran berkenaan sebelum membuat laluan menuju ke bangkai pesawat itu,” kata polis dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati keluarga malang itu terdiri daripada sepasang ibu bapa dan dua kanak-kanak kecil yang memulakan penerbangan ke Perancis pada jam 9.30 pagi waktu tempatan.

Punca nahas masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Ogos 2018 @ 8:37 AM