McCain (kanan) tidak mahu Trump hadiri pengebumiannya. FOTO AFP
McCain (kanan) tidak mahu Trump hadiri pengebumiannya. FOTO AFP
AFP

WASHINGTON: Senator John McCain, 81 yang sedang bergelut dengan kanser otak, tidak mahu Presiden Donald Trump menghadiri upacara pengebumiannya, lapor media Amerika Syarikat, hari ini.

Bekas pejuang perang Vietnam dan senator dari Arizona yang sering bercakaran dengan Trump itu sebaliknya mahu Naib Presiden, Mike Pence untuk mewakili Rumah Putih, kata The New York Times dan NBC News, memetik sumber yang rapat dengan McCain.

McCain dikatakan berdepan dengan kanser otak yang agresif sejak lebih setahun lalu.

Hubungan Trump-McCain bertambah buruk terutamanya ketika pilihan raya presiden 2016, apabila Trump mengatakan McCain, tahanan perang selama bertahun-tahun di Vietnam bukan seorang wira perang sebenar kerana ditawan musuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 4:40 PM