MAYAT yang ditemui dalam kawasan pencarian kelasi USS John S McCain. FOTO ihsan TLDM
MAYAT yang ditemui dalam kawasan pencarian kelasi USS John S McCain. FOTO ihsan TLDM
Rudy Fazrunisyam Samarudin


KAPAL KD Handalan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menemukan satu mayat dalam kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelasi kapal USS John S McCain.

Mayat itu ditemui di lapan batu nautika perairan Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi, 3.45 petang tadi.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, KD Handalan sudah memindahkan mayat kepada kapal frigat KD Lekiu.

Katanya, mayat yang tidak dapat dikenal pasti akan diserahkan kepada pihak Tentera Laut Amerika Syarikat, esok.

TLDM akan meneruskan usaha pencarian bersama dengan agensi maritim dan tentera laut negara lain di sektor SAR yang ditetapkan.

Dalam kejadian semalam, 10 kelasi USS John S McCain hilang selepas kapal pemusnah peluru berpandu itu berlanggar dengan kapal dagang Liberia, Alnic MC di perairan Teluk Ramunia.

Berita berkaitan:

Jumpa mayat dalam USS John S McCain

Kawasan pencarian diperluaskan

10 anak kapal USS John S McCain hilang

Insiden kedua kapal USS berlanggar

TLDM, APMM bantu cari kelasi

4 sektor pencarian

Tiada tumpahan minyak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 8:29 PM