ISREAL sedia terima pendatang dari Afrika. - Foto AFP
ISREAL sedia terima pendatang dari Afrika. - Foto AFP

ISRAEL membatalkan rancangannya untuk mengusir pendatang Afrika yang masuk ke negara Yahudi itu secara haram selepas gagal mencari negara yang sanggup menerima mereka, kata kerajaan semalam.

Pada awalnya rancangan itu menyasarkan 42,000 pendatang yang berasal dari Eritrea dan Sudan yang kini hidup di Israel.

Penasihat undang-undang kerajaan sudah memaklumkan kepada Mahkamah Agung mengenai pembatalan itu selepas beberapa negara yang dirahsiakan enggan menerima pendatang berkenaan, kata sumber yang dekat dengan kerajaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 1:21 AM